01 Jun
Kaedah Penulisan Bahasa

Pelajar perlulah menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah untuk difahami serta fakta-fakta yang berkaitan hendaklah dimasukkan ke dalam karangan tersebut. Fakta yang dikaitkan mestilah berkaitan antara satu sama lain. Selain itu, unsur utama bahasa yang perlu pelajar beri perhatian ialah pembinaan ayat serta pemilihan frasa dan perkatan yang sesuai agar karangan tersebut kemas dan teratur. Frasa yang dibina mestilah mengikut hukum D-M iaitu diterang menerangkan.


Pelajar juga digalakkan menggunakan penanda wacana bagi pembaca mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya dan penanda wacana ini untuk mengramtiskan lagi penggunaan bahasa yang digunakan dalam karangan. Antara contoh penanda wacana yang boleh pelajar gunakan adalah seperti berikut;

Penanda wacana permulaan karangan

  • Pada era globalisasi ini,
  • Pada zaman pascakemerdekaan ini,
  • Dalam meniti arus kemodenan ini,
  • Dewasa ini,
  • Pada masa ini,
  • Kini,
  • Dasawarsa ini,
  • Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
  • Sejak sedekad yabg lalu,
  • Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
  • Kebelakangan ini,
  • Belakangan ini,
  • Sejak akhir-akhir ini,

Penanda wacana memulakan isi baharu

  • Selain itu,
  • Di samping itu,
  • Lebih-lebih lagi,
  • Sementara itu,
  • Dalam pada itu,
  • Lain daripada itu,
  • Pada waktu yang sama,
  • Dalam pada itu,
  • Seterusnya, atau Selanjutnya,

Penanda wacana huraian isi karangan

  • Hal ini demikian kerana,
  • Hal ini berlaku kerana,
  • Hal ini terjadi kerana,
  • Hal ini disebabkan oleh,
  • Hal ini wujud akibat daripada,
  • Hal ini bersangkut-paut dengan,
  • Hal ini berpunca daripada,
  • Hal ini tercetus apabila,

Penanda wacana untuk menyatakan contoh dalam karangan

  • Misalnya,
  • … contohnya,
  • Sebagai contoh,
  • Tamsilnya,
  • Sebagaimana yang kita sedia maklum,
  • Antaranya adalah seperti,

Penanda wacana bagi menghuraikan contoh

  • Hal ini mengakibatkan,
  • Hal ini menyebabkan,
  • Oleh itu,
  • Maka,
  • Oleh hal yang demikian,
  • Oleh sebab itu,
  • Jelaslah bahawa
  • Justifikasinya,


Contoh penanda wacana yang digunakan dalam karangan;

Selain itu, dapat memajukan ekonomi negara dan seterusnya ekonomi Malaysia pasti bertambah mantap apabila perpaduan kaum dapat dikekalkan. Sektor ekonomi Malaysia yang mantap dan masih mampu bertahan jika dibandingkan dengan negara serantau yang berhempas pulas menghadapi kepincangan ekonomi. Seterusnya, pelabur asing tidak bimbang untuk melabur di Malaysia kerana keadaan negara kita yang aman dan damai, (sekali gus) dapat menaja ekonomi supaya terus berkembang. Sebagai contohnnya rakyat yang bersatu padu kan berusaha mengerah keringat bagi memastikan negara terus maju dan menggembeleng tenaga memulihkan ekonomi negara. Oleh itu, rakyat Malaysia amat diharapkan agar asas perpaduan yang telah lama bertapak mampu diperkukuhkan dan diperkasakan lagi.

*sekali gus merupakan penanda wacana yang menghuraikan dua perkara dalam satu ayat. Contoh ayat, "Seterusnya, pelabur asing tidak bimbang untuk melabur di Malaysia kerana keadaan negara kita yang aman dan damai (huraian 1) ..... dapat menaja ekonomi supaya terus berkembang (huraian 2)."


Seterusnya, penulisan bahasa yang mesti digunakan oleh pelajar dalam penulisan karangan mereka mestilah mempunyai ciri-ciri tersebut;

  • Sekurang-kurang pelajar menulis ungkapan yang menarik seperti peribahasa, hadis, cogan kata, kata-kata orang ternama, pantun dan seumpamanya.
  • Pelajar seharusnya mengungkapkan kosa kata berdarjat tinggi dan pelbagai kata yang luas dan tepat.

Sebagai contohnya;

Secara dominan, kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat ialah dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Keharmonian sesebuah negara pastinya sentiasa disokong oleh kestabilan politik yang jelasnya akan membuka ruang untuk masyarakat dan pemimpin bersatu tenaga dan idea bagi memajukan negara. Hal ini pastinya mampu mewujudkan sebuah entiti masyarakat yang mementingkan kerjasama bak kata pepatah, “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”, serta secara tidak lansung dapat mengikis sikap individualistik. Tamsilnya, organisasi masyarakat yang berbeza latar belakang, agama dan adat resam mampu duduk semeja berjuang mempertahankan keharmonian negara daripada dicabuli pihak tertentu. Hal ini pastinya, dapat mengeratkan perpaduan kaum di negara kita dn negara bertambah gah di persada dunia.

1. ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

mengharungi kesenangan dan kesusahan bersama-sama

2. sikap individualistik

sikap pentingkan diri sendiri

3. bertambah gah

bertambah hebat


Rumusnya, penulisan bahasa yang berkesan akan dapat meningkat nilai karangan secara keseluruhannya. Pembinaan ayat serta pemilihan frasa dan perkataan yang sesuai perlu dititikberatkan oleh pelajar dalam menghasilkan karangan fakta. Sebaik-baiknya, karangan yang dibina mempunyai pelbagai jenis ayat, iaitu ayat campuran tunggal dengan ayat majmuk, ayat songsang, ayat aktif dan sebagainya. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa yang berkesan mampu mempengaruhi pembaca dalam menilai karangan pelajar.


Secara kesimpulannya, penulisan bahasa yang berkesan akan dapat meningkat nilai karangan secara keseluruhannya. Pembinaan ayat serta pemilihan frasa dan perkataan yang sesuai perlu dititikberatkan oleh pelajar dalam menghasilkan karangan fakta. Sebaik-baiknya, karangan yang dibina mempunyai pelbagai jenis ayat, iaitu ayat campuran tunggal dengan ayat majmuk, ayat songsang, ayat aktif dan sebagainya. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa yang berkesan mampu mempengaruhi pembaca dalam menilai karangan pelajar.


Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING