30 May
Kaedah Pengolahan

Teknik Mengolah Karangan menggunakan Formula

Pendahuluan

  • AP + AH1 + AH2 + AF ( Ayat pendahuluan, ayat huraian, ayat fokus)  

Contoh perenggan pendahuluan

(AP) 1 Malaysia, slogan yang telah diperkasakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, membawa seribu erti kepada negara.

(AH1) Pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan antara kaum dan amalan bertolak ansur agama selama ini pastinya dapat diperkukuhkan dengan laungan slogan 1 Malaysia.

(AH2) Sentiviti pihak kerajaan yang sentiasa berusaha menyuburkan semangat perpaduan dalam masyarakat heterogen perlu diberi pujian.

(AF) Bagaimanakah perpaduan kaum menatijahkan impak positif kepada negara? Tuntasnya, tepuk dada tanya selera.


Perenggan Isi

  • Isi karangan
  • AT + AH + AC + AP

Contoh perenggan isi

(AT) Secara dominan, kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat ialah dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni.

(AH1) Keharmonian sesebuah negara pastinya sentiasa disokong oleh kestabilan politik yang jelasnya akan membuka ruang untuk masyarakat dan pemimpin bersatu tenaga dan idea bagi memajukan negara.

(AH2) Hal ini pastinya mampu mewujudkan sebuah entiti masyarakat yang mementingkan kerjasama bak kata pepatah, “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”, serta secara tidak lansung dapat mengikis sikap individualistik.

(AC) Tamsilnya, organisasi masyarakat yang berbeza latar belakang, agama dan adat resam mampu duduk semeja berjuang mempertahankan keharmonian negara daripada dicabuli pihak tertentu.

(AP) Hal ini pastinya, dapat mengeratkan perpaduan kaum di negara kita dn negara bertambah gah di persada dunia.

Contoh perenggan di atas menggunakan teknik perenggan deduktif – induktif. Pelajar didedahkan dengan cara untuk membina perenggan isi yang baik, matang dengan pengolahan yang baik serta menarik dan menggambarkan penguasaan pelajar tersebut terhadap tajuk karangannya. Fungsi utama kaedah ini diwujudkan adalah untuk memastikan pelajar itu dapat menyimbangkan kepanjangan setiap perenggan yang dihasilkan.


Penutup

  •  K.I.S.A.H 

Contoh perenggan kesimpulan

(K) Konklusiya, terdapat pelbagai kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara ini.

(S) Rakyat Malaysia amat diseru agar mempertahankan maruah bangsa hingga ke titisan darah yang terakhir dan memakmurkan bumi Malaysia melalui perpaduan. Ingatlah, “Keranamu Malaysia”,

(I) ... di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

(H) Oleh itu, semua pihak perlu menggembeleng tenaga bagi memurnikan dan mengekalkan perpaduan antara kaum.

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING